Cerita orang balik haji adalah pengalaman peribadi penulis semasa menunaikan fardhu haji pada musim haji 1445H/2024M. Ianya sarat dengan cerita-cerita yang mengusik jiwa pembaca ke arah memahami langkah-langkah dalam menunaikan fardhu haji. Pelbagai kisah peribadi penulis bermula daripada masa sebelum berangkat hinggalah pelbagai insiden dan peristiwa yang dilalui semasa melaksana ibadah haji diceritakan secara santai tetapi bermaklumat. Membaca buku digital ini membawa pembaca seolah-olah turut sama berada dalam situasi yang dialami penulis. Pengalaman penulis yang digarap sebaik mungkin melalui book digital ini insya-Allah boleh menjadi pedoman kepada bakal-bakal haji atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk ke Tanah Suci.